Terdapat banyak restoran segera seperti McDonalds, KFC, Starbuck, MarryBrown, A&W dan sebagainya di Malaysia. Seperti yang anda sedia m...
Perlukah Mengemas Meja Selepas Makan di Restoran Segera
Terdapat banyak restoran segera seperti McDonalds, KFC, Starbuck, MarryBrown, A&W dan sebagainya di Malaysia. Seperti yang anda sedia maklum, situasi seperti gambar dibawah berlaku hampir di semua restoran segera dalam negara.
Restoran McDonalds
Restoran KFC
Pada pendapat anda, perlukah pelanggan yang datang ke restoran segera mengemas meja selepas mereka makan? Sila pastikan anda melakukan sedikit pembacaan terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen.
About author: Unknown
Cik Dhia. It's my pen name. Currently staying in Perlis the state of Indera Kayangan and I came from Sungai Petani Kedah. A mother of a daughter and a wife to a such loving husband. I'm not a perfect blogger and open for any comment and suggestion. I will only improve with your sincere comments. Enjoy reading and thanks for visiting.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jawapan saya adalah perlu mengemas. Ini kerana menjaga kebersihan persekiteraan adalah salah satu tanggungjawab kita. Sekiranya kita tidak mengemas, tempat persekiteraan akan berbau. Ini juga akan memudaratkan kesihatan pelanggan. Pelanggan juga tidak suka untuk mengunjungi restoran tersebut. Selain itu, tidak selesa untuk memandang.
ReplyDeleteDi samping itu, sekiranya ibu bapa tidak bersihkan selepas makan, ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak. Sekiranya pelancong asing melawat tempat begini, ia akan merosakkan imej negara.
Akhir sekali, orang dewasa harus mengajar kanak kanak supaya menjadi amalan mereka pada masa akan datang.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJawapan saya ialah perlu mengemas kerana di rumah pun selepas makan, kita angkat pinngan dan kemas meja sendiri, kenapa tidak begitu bila makan di luar. Selain itu, bila kita tak mengemas meja, tempat persekitaran akan kotor dan berbau. Di samping itu, dengan amalan ini kita boleh membantu pekerja-pekerja di restoran. Seterusnya, ibu bapa perlu mengajar anak-anak untuk membersih meja selepas makan kerana amalan ini akan mejadi satu tabiat kepada mereka. Akhir Sekali, bila kita tak membersihkan meja makananan ia akan merosakkan imej negara bila pelancong datang ke negara kita dan amalan ini menjadi satu contoh kepada orang lain di negara kita.
ReplyDeletePada pendapat saya,mengemas meja selepas mereka makan adalah perlu untuk mempelihara kawasan persekitaran restoran dan menunjukkan nilai bertanggungjawab.kita juga dapat membantu meringankan kerja pembantu-pembantu restoran tersebut.selain itu,kita dapat menunjukkan sifat dan kelakuan yg baik kepada pelanggan lain.Seterusnya,kita dapat membantu restoran tersebut apabila bersih pelanggan akan lebih ramai yang mengunjungi restoran tersebut.Akhir sekali,kita dpt memupuk nilai-nilai yang baik dalam diri kita
ReplyDeletePada pendapat saya,kita dan komuniti kita perlulah mengemaskan meja selepas kita makan kerana sisa-sisa makanan yang kita tinggalkan akan memberikan kelihatan suasana yang kotor kepada pelanggan seterusnya. Selain itu, ini juga akan mengurangkan imej negara kita. Ini sebab negara kita adalah negara yang sering dikunjungi oleh pelancong asing. Oleh itu, kekotoran meja makan akan mengurangkan imej negara kita antara pelancong asing. Sebagai konklusi, kita dan komuniti kita perlulah mengajar generasi akan datang untuk mengemas meja selepas makan untuk mengurangkan keburukan.
ReplyDeleteJawapan saya ialah perlu mengemas kerana di rumah pun selepas makan, kita angkat pinngan dan kemas meja sendiri, kenapa tidak begitu bila makan di luar. Selain itu, bila kita tak mengemas meja, tempat persekitaran akan kotor dan berbau. Di samping itu, dengan amalan ini kita boleh membantu pekerja-pekerja di restoran. Seterusnya, ibu bapa perlu mengajar anak-anak untuk membersih meja selepas makan kerana amalan ini akan mejadi satu tabiat kepada mereka. Akhir Sekali, bila kita tak membersihkan meja makananan ia akan merosakkan imej negara bila pelancong datang ke negara kita dan amalan ini menjadi satu contoh kepada orang lain di negara kita.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePada pendapat saya, kita perlu mengemas meja selepas makan sebab apabila kita tak besihkan tempat yang kita makan pelanggan yang baru datang untuk makan akan enggan duduk di tempat yg tak kelihatan besih. selain itu apabila pelancong asing yang datang dari negara luar akan pandang rendah terhadap negara kita apabila setiap restoran yang mereka melawati kelihatan buruk dan busuh. seterusnya, kalau kita bersihkan tempat yang kita makan, kita akan dipandang tinggi oleh para pekerja restoran itu dan akan dilayan baik apabila lain kali kita melawati restoren itu dan juga kita mengurangkan beban para pekerja restoran.Akhirnya ,kita perlu bertanggungjawab untuk bersihkan tempat yang kita makan, oleh itu suasana kita sentiasa bersih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePada pendapat saya, kita perlu mengemas meja selepas kita makan kerana itu menunjukkan adat yang baik sebagai rakyat malaysia dan hal ini juga menunjukan imej yang baik terhadap pelancong asing yang melancong ke negara kita.Perkara ini akan meninggikan nama baik negara walaupun perkara ini kecil dan ramai kalangan kita kurang menitis berat.Selain itu,kita juga perlu mengamalkan nilai prihatin dalam perkara ini iaitu kita perlu memikirkan pelanggan lain yang akan menduduki tempat tersebut setelah kita meninggal tempat duduk tersebut. Keadaan ini juga membantu pekerja di restoran untuk membersihkan tempat tersebut.Di samping itu, kita juga diajarkan sejak kecil lagi untuk membersihkan tempat atau pinggan yang telah digunakan selepas makan. Namun begitu, kita perlulah mengekalkan ajaran tersebut untuk keselesaan orang ramai. Hal ini juga memberi keselesaan bagi orang ramai apabila kita membersihkan tempat tersebut setelah kita habis makan.Akhir sekali, kita mestilah membersihkan tempat makan kita selepas makan kerana itu adalah tanggungjawab kita. Jadi marilah kita sama-sama mengamalkan perkara ini untuk kebaikan diri,masyarakat dan negara.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya Arunprasath. Pada pendapat saya,kita perlulah mengamalkan sikap mengemaskan meja selepas makan.Kita perlu amalkan sikap mengemaskan meja selepas makan kerana kita perlu menjaga imej dan nama baik negara kita sendiri agar pelancong tidak menganggap bahawa negara kita dan rakyat kita pengotor. Perkara ini akan meninggikan nama baik negara. Di samping itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka mengamalkan sikap mengemas meja selepas makan sejak kecil.Sikap ini boleh mejadikan satu tabiat kepada mereka.Akhirnya,kita mestilah membersihkan tempat makan kita selepas makan kerana itu adalah tanggungjawab kita. Kita perlulah mengamalkan sikap ini untuk menjadikan ikhtibar.
ReplyDeletePada pendapat saya kita perlu membersih meja selepas makan di restoran segera kerana ia adalah amalan yang baik dan mulia.Selain itu,kita mestilah membersihkan tempat yang kita makan kerana ia adalah tanggungjawab kita sendiri sebagai masyarakat Malaysia.Di samping itu,kita patutlah mengemas meja selepas kita makan kerana ia akan memberi keselesaan kepada pelanggan lain.Seterusnya,perkara ini dapat menyenangkan pelanggan lain yang akan menduduki tempat tersebut kerana ia akan nampak bersih dan selesa diduduki.Oleh itu,perkara ini akan menyebabkan kesan baik dan dapat koment positif kepada premis itu iaitu akan mendapat keuntungan yang banyak.Secara tuntasnya,amalan ini tesebar kepada semua orang terutamanya kepada budak kecil dan remaja masa kini untuk mengikut amalan ini sebagai salah satu pengajaran.
ReplyDeletePada pendapat saya,kita perlulah mengamalkan sikap mengemaskan meja selepas makan.Kita perlu amalkan sikap mengemaskan meja selepas makan kerana kita perlu menjaga imej dan nama baik negara kita sendiri agar pelancong tidak menganggap bahawa negara kita dan rakyat kita pengotor. Perkara ini akan meninggikan nama baik negara. Di samping itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka mengamalkan sikap mengemas meja selepas makan sejak kecil.Sikap ini boleh mejadikan satu tabiat kepada mereka.Akhirnya,kita mestilah membersihkan tempat makan kita selepas makan kerana itu adalah tanggungjawab kita.
ReplyDeletePada pendapat saya, kita patutlah mengemas meja makan selepas makan kerana kita masyarakat yang penuh santun dan adab,kita mengerti mengemas meja sendiri yang dikotorkan selepas makan.Lagilah kita hendak ikut amalan murni.Selain itu,semasa kita makan di restoren kita haruslah bersihkan tempat kita kerana bila kita meninggalkan pinggan,tisu kotor,sampah dan segala sisa makan di atas meja selepas perut kenyang terutamanya di restoren makanan segera ini menyebabkan pelanggan rasa segan dan dia merendahkan restoren kita.Sehubungan itu,kita mestilah mengemas meja makan kerana pelanggan yang akan datang berasa selesa dan gembira. Seperti yang saya tulis diatas ini,kerana mengemas meja makan selepas makan dimana restoren bukan menjadi budaya dan amalan masyarakat Malaysia.Kita mestilah bertanggungjawab untuk bersihkan tempat yang kita makan.
ReplyDeletePada pendapat saya,kita perlulah mengamalkan sikap mengemaskan meja selepas makan.Kita perlu amalkan sikap mengemaskan meja selepas makan kerana kita perlu menjaga imej dan nama baik negara kita sendiri agar pelancong tidak menganggap bahawa negara kita dan rakyat kita pengotor. Perkara ini akan meninggikan nama baik negara. Di samping itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka mengamalkan sikap mengemas meja selepas makan sejak kecil.Sikap ini boleh mejadikan satu tabiat kepada mereka.Akhirnya,kita mestilah membersihkan tempat makan kita selepas makan kerana itu adalah tanggungjawab kita.
ReplyDeletesaya preevindran adalah akan mengemas meja selepas mekan di restoran segera. Ini kerana menjaga kebersihan persekiteraan adalah salah satu tanggungjawab kita. Sekiranya kita tidak mengemas, tempat persekiteraan akan berbau. Seterusnya,ini juga akan memudaratkan kesihatan pelanggan. Pelanggan juga tidak suka untuk mengunjungi restoran tersebut. Selain itu, tidak selesa untuk memandang.
ReplyDeleteDi samping itu, sekiranya ibu bapa tidak bersihkan selepas makan, ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak. Sekiranya pelancong asing melawat tempat begini, ia akan merosakkan imej negara.
Kesimpulnya, orang dewasa harus mengajar kanak-kanak supaya menjadi amalan mereka pada masa akan datang.
saya kerishan a/l kodiswararao, pada pendapat saya,Ini berlaku kerana rakyat Malaysia amat sukar untuk membuang sisa makanan, mengangkat pinggan dan mengemas meja sendiri. Mungkin bukan semua tetapi kebanyakannya masih tidak mempunyai kesedaran diri malah masih beranggapan ada pekerja yang akan mengemas meja setelah mereka habis makan. Kita seharusnya lebih berdisipilin, rajin dan pembersih kerana rakyat kita dikenali sebagai seorang yang sopan santun dan beradab. Tidak salah jika hari ini kita mula mengangkat dan membersihkan meja selepas makan di restoran makanan segera. Mungkin ramai yang mengikuti tindakan kita selepas menyedari mereka tidak membuang sisa makanan sendiri di tempat yang sepatutnya.
ReplyDeletePada pendapat saya, kita perlualah mengamalkan budaya yang baik kepada rakyat Malaysia. Selain itu, kita harus lap meja dengan tisu, angkat talam dan susun balik kerusi dan dapat mengikuti tabiat yang baik oleh masyarakat Malaysia. Banyak lagi yang perlu mengamalkan oleh budaya kita selepas mejamu selera di restoran segera. Terutamanya di restoran makanan segera yang mengamalkan konsep layan diri, boleh dikatakn sikap majoriti rakyat Malaysia. Kesimpulannya, kita dapat amalkan budaya yang sopan dan pengajaran yang baik kepada masyarakat yang lain.
ReplyDeleteSaya Arvind Mahandren. Pada pendapat saya, kita patutlah mengemas meja selepas makan untuk beberapa sebab yang memberi keburukan kepada komuniti dan negara. Sebagai contohnya, meja perlulah dikemaskan selepas makan kerana perbuatan ini akan mengotorkan tempat makan yang menberi bau and ini akan menyebabkan pelawat restoran itu akan merasa tidak selesa semasa makan di restoran. Sebagai konklusinya, kita perlulah mengambil tanggungjawab untuk membersihkan tempat atau meja makan selepas makan untuk mengurangkan keburukan untuk komuniti dan negara.
ReplyDeleteNUR FATIHAH BINTI JAAFAR : Pada pendapat saya, kita perlu lah mengemas meja selepas makan kerana ia akan memudahkan pelanggan seterusnya untuk terus duduk makan. Selain itu, ia juga mencerminkan sifat peribadi kita sebagai seorang manusia yg pembersih dan bertamadun. sifat ini perlu dipraktik kan sedari kecil lagi dan ini menjadi tangungjawab ibu bapa untuk mendidik anak masing masing. sifat ini perlu diterap kan disekolah dan menjadi contoh untuk generasi akan datang. akhir kata, saya sebagai rakyat malaysia menyeru semua lapisan masyarakat ayuhlah kita membasmi kotoran di negara kita ni.
ReplyDeleteSaya Razan Zahhar, pada pendapat saya, ianya adalah satu perkara yang sepatutnya menjadi satu perkara yang kemestian tentang perlukah mengemas meja selepas makan di restoran segera kerana sampah atau sisa-sisa makananan yang dibuat ialah sampah yang dibuat oleh kita sendiri. Punca saya bercakap begitu adalah kerana, Malaysia adalah negara yang kurang dari seggi kebersihan. Saya percaya bahawa, semua orang di Malaysia mahu negara mereka menjadi maju searas globalisasi seperti negara jiran kita Singapura. Dengan itu, kita haruslah membuat perkara yang betul berhubung dengan perkara kecil seperti ini kerana saya percaya jika kita mahu negara kita maju, kita haruslah mengubah rakyatnya terlebih dahulu sebelum mengubah sesuatu negara kerana rakyatnya yang mempamerkan imej sesebuah negara. Perkara seperti ini haruslah dipupuk sejak kecil kerana generasi Y kita yang akan memimpin negara kita suatu hari nanti.
ReplyDeletesaya paulino,pada pendapat saya, mengemas meja selepas makan di restoran segera adalah satu perkara yang kita perlu di patuhi supaya kebersihan tempat tersebut dapat dijamin.Selain itu,apabila kita berbuat demikian,maka kita boleh di senangi oleh semua orang di restoren tersebut.disamping itu,apabila kita mengemas meja di restoran,kita boleh mengurangkan beban untuk pekerja disitu,kerana kebanyakakan pekerja yang bekerja di restoran adalah orang tua.Sudah terang lagi bersuluh,kita mestilah mengemas meja supaya suasana tersebut menjadi selesa.
ReplyDeleteSaya VIKNESWARAN PALANISAMY Menurut pandangan saya sebagai rakyat malaysia yang insentif, kita perlulah mengamalkan nilai-nilai yang baik seperti membersihkan tempat makanan setelah anda habis menikmati makanan anda. Saya amat bersetuju dengan cadangan mengemaskan meja selepas makan di restoran segera. Perkara ini harus dipertikaikan sebab ia mempamerkan imej kita sebagai rakyat yang bijaksana. seterusnya jikalau kita mengamalkan amalan ini masyarakat lain akan mula meyesuaikan diri mereka dengan situasi tersebut malah mereka akan turut mengikuti cara kita dengan megemaskan meja makanan. Dengan ini wujudlah masyarakat yang beramalan mulia, dari sini akan wujudlah negara kita yang mempertikaikan kebersihan negara.Bah kata orang tua mulakan sesuatu biarlah dari akar rumbinya.
ReplyDeleteSaya Nanthakumar Chanderan, pada pendapat saya, kita patutlah mengemas meja selepas makan untuk beberapa sebab yang memberi keburukan kepada komuniti dan negara. Sebagai contohnya, meja perlulah dikemaskan selepas makan kerana perbuatan ini akan mengotorkan tempat makan yang menberi bau and ini akan menyebabkan pelawat restoran itu akan merasa tidak selesa semasa makan di restoran. Sebagai konklusinya, kita perlulah mengambil tanggungjawab untuk membersihkan tempat atau meja makan selepas makan untuk mengurangkan keburukan untuk komuniti dan negara. Sekiranya ibu bapa tidak bersihkan selepas makan, ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak. Sekiranya pelancong asing melawat tempat begini, ia akan merosakkan imej negara. Kesimpulnya, orang dewasa harus mengajar kanak-kanak supaya menjadi amalan mereka pada masa akan datang.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya Vimalraj Raja. Pada pendapat saya, kita perlulah mengemaskan meja selepas makan di restoran kerana perbuatan ini akan mengotorkan meja dan tempat makan dan ia juga akan menyebabkan pelawat restoran berasa tak selesa berada tempat makan di restoran tersebut. ini menyebabkan kerugian kepada restoran tersebut. Selain itu, kita patutlah mengemaskan meja selepas makan kerana ia akan menjejaskan nama negara kita kerana sekiranya pelancong asing melawat restoran tersebut ia akan memberi nama yang buruk antara mereka. Konklusinya, kita ada tanggungjawab untuk mengemas meja selepas makan untuk mengelakkan nama komuniti dan negara untuk menjejas.
ReplyDeletesaya vethanayagan a/l ganeson,pada pendapat saya, kita patutlah mengemas meja selepas makan untuk beberapa sebab yang memberi keburukan kepada komuniti dan negara.Saya amat bersetuju dengan cadangan mengemaskan meja selepas makan di restoran segera.. Saya percaya bahawa, semua orang di Malaysia mahu negara mereka menjadi maju searas globalisasi seperti negara jiran kita indonesia. akhir kata, saya sebagai rakyat malaysia menyeru semua lapisan masyarakat ayuhlah kita membasmi kotoran di negara kita.
ReplyDeletePada pendapat saya,kita perlulah mengamalkan sikap mengemaskan meja selepas makan.Kita perlu amalkan sikap mengemaskan meja selepas makan kerana kita perlu menjaga imej dan nama baik negara kita sendiri agar pelancong tidak menganggap bahawa negara kita dan rakyat kita pengotor. Perkara ini akan meninggikan nama baik negara. Di samping itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka mengamalkan sikap mengemas meja selepas makan sejak kecil.Sikap ini boleh mejadikan satu tabiat kepada mereka.Akhirnya,kita mestilah membersihkan tempat makan kita selepas makan kerana itu adalah tanggungjawab kita.
ReplyDeletePada pendapat saya,mengemas meja selapas makan adalah sangat perlu kerana ia sedikit sebanyak dapat meringan beban kepada orang lain dan ia juga merupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia yang perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang luar.Seterusnya,dengan cara mengemas mengemas meja selepas makan dapat mendidik kita agar menjaga kebersihan dan orang ramai akan lebih senang bersama kita.selain itu,kita juga dapat merasakan keselesaan jika semua orang mengemas meja selapas makan ia akan menampakkan personaliti seseorang itu jika ia mengemas mejabselepas makan degan cara ini kita dapat menarik pelancong luar untuk melancong di negara kita jadi kita dapat meningkatkan taraf pelancongan di negara kita.
ReplyDeletePada pendapat saya, ianya satu amalan yang baik kerana ini menampakkan ciri-ciri kebersihan pada diri kita. Sekurang-kurangnya tindankan semua pinggan di satu tmpt di atas meja, untuk memudahkn pelanggan yang lain datang untuk duduk sementara pekerja datang untuk mengutipnya,ini dapat menunjukkan nilai tolak ansur sebab pekerja jugak sibuk dengan kerja lain walaupun mereka berkerja disitu
ReplyDelete[MUHD AIDIL IDHAM] Kita seharusngs membersihkan meja sesudah kerana melambang kan jati diri seseorang. Ya memang keuntungan kedai kedai ni akan bayar gaji mereka tapi itu bukan lesen untuk kita maki mereka atau tinggalkan tempat kita makan macam sarang babi hutan. Di rumah pun kita makan angkat pinggan kemas meja sendiri kan. Kenapa tak lakukan perkara sama di luar?
ReplyDeleteTak salah pun amalkan. Melambangkan kita ni masyarakat ada pekerti mulia. Tanda kita tak lokek dan ada kesedaran sivik. Ya! memang kerja mereka berbayar, tapi janganlah sampai tinggal segala bala macam babi lepas makan.
Ni penanda aras mentaliti mayarakat. Kita dambakan fasilitas kelas dunia, kelas pertama serba serbi tapi hakikatnya tabiat dan kelakuan kita 'low class'. No class at all. Jadi berubahlah!
Selepas makan tu, kemas meja. Paling best bila adik-adik, abang, kakak, aunty dan uncle yang kerja sana ucap terima kasih kat kita. Sekelumit pekerti kita tu dibalas juga dengan kebaikan.
Paling malas pun kurang-kurang susun atur bagi elok agar mudah pekerja boleh terus angkat tanpa perlu menyusun sampah-sampah kita terlebih dahulu
Muhamad Ikhwan Bin Abu Zakir : Pada pendapat saya, mengemas meja di restoran makanan segera ialah perlu, kerana di restoran tersebut, perkhidmatan yang dijalankan ialah perkhidmatan layan diri. Perkhidmatan tersebut merupakan perkhidmatan yang mengharuskan pelanggan melayan diri mengemas meja selepas makan. Seterusnya, mengemas meja juga perlu selepas makan di restoran di atas faktor kebersihan. Apabila meja dibersihkan, kebersihan sekeliling terpelihara. Pemandangan restoran tersebut juga menjadi lebih baik apabila dibandingkan dengan pemandangan yang kurang menyenangkan kerana kebersihan tidak terpelihara. Selain itu, kebersihan juga melambangan keperibadian seseorang individu, apabila individu tersebut mengemas meja selepas makan, ia menunjukkan pelanggan tersebut seorang yang pembersih. Akhir sekali, mengemas meja juga perlu untuk memudahkan pelanggan lain menggunakan meja tersebut, apabila pelanggan baru datang dan duduk di sebuah meja, ia akan berasa senang hati apabila melihat meja sudah siap dikemas, dibandingkan datang untuk makan lalu melihat meja yang kotor dan kurang menyenangkan.
ReplyDeletesaya azfar sharif, Pada pendapat saya,kita perlulah mengamalkan sikap mengemaskan meja selepas makan.Kita perlu amalkan sikap mengemaskan meja selepas makan kerana kita perlu menjaga imej dan nama baik negara kita sendiri agar pelancong tidak menganggap bahawa negara kita dan rakyat kita pengotor. Di rumah pun selepas makan, kita angkat pinggan dan kemas meja sendiri bukan? Maka kenapa tidak kekalkan sikap sebegitu ketika berada di luar? Ia juga melambangkan kita sebagai anggota masyarakat yang berpekerti mulia. Di samping itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka mengamalkan sikap mengemas meja selepas makan sejak kecil.
ReplyDeletePuan saya mintak maaf sebab tak dapat nak comment melalui account google saya. Nama saya abu usamah. Baiklah, pada pendapat saya, mengemas meja selepas makan adalah perlu bagi kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kebersihan. Ini kerana, apabila kita menunjukkan sikap tersebut ia melambangkan keperibadian diri kita. Selain itu, ia dapat menunjukkan contoh yang baik kepada pelancong luar yang datang ke negara kita apabila melihat tingkat laku yang baik yang kita lakukan. Mengemas meja ini juga bukanlah sesuatu tugas yang berat untuk dilakukan dan begitu susah dilaknsanakan. Islam juga ada mengatakan bahawa kebersihan itu adalah separuh daripada iman. Jadi marilah kita mengamalkan sikap bertanggungjawab tersebut. Sekian saja pendapat daripada saya.
ReplyDeleteAssalamualaikum . Pada pendaat saya sikap ini penting untuk melambangkan masyarakat kita yang mengamalkan kebersihan . Seterusnya , sikap ini jugak boleh menjadi contoh yang baik kepada masyarakat yang lain . Selain itu , mengemas meja selepas makan juga dapat membentuk diri kita untuk megamalkan kebersihan . Hal ini sekaligus kebersihan dn kesihatan diri lebih terjamin . Melalui sikap ini juga dapat meringankan beban pekerja restoran yang lain . Masyarakat juga akna lebih menghormati kita melalui perbuatan baik yang telah kita lakukan . Konkusinya , sikap ini perlulah diterapkan dalam diri masyarakat terutamanya golongan muda . Ibu bapa memainkan peranan penying dalam mendidik anak anak agar mereka akan lebih mengutamakan kebersiahn .
ReplyDeletesaya rusli akan sentiasa mengemas meja selepas makan tak kira di rumah atau di restoran. Ini kerana menjaga kebersihan persekiteraan adalah salah satu tanggungjawab kita bersama. perbuatan tidak mengemas meja selepas makan akan mencacatkan pemandangan dan menyusahkan pekerja restoran. kita mestilah mengemas meja selepas makan untuk menunjukkan imej yang baik kepada pelancong.
ReplyDeleteDi samping itu, sekiranya ibu bapa tidak bersihkan selepas makan, ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak.
Kesimpulanya, mengemas meja selepas makan adalah suatu sikap yang perlu ditanam pada diri seseorang untuk memastikan masyarakat kita lebih harmoni dan bertanggungjawab.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum . Pada pendaat saya sikap ini penting untuk melambangkan masyarakat kita yang mengamalkan kebersihan . Seterusnya , sikap ini jugak boleh menjadi contoh yang baik kepada masyarakat yang lain . Selain itu , mengemas meja selepas makan juga dapat membentuk diri kita untuk megamalkan kebersihan . Hal ini sekaligus kebersihan dn kesihatan diri lebih terjamin . Melalui sikap ini juga dapat meringankan beban pekerja restoran yang lain . Masyarakat juga akna lebih menghormati kita melalui perbuatan baik yang telah kita lakukan . Konkusinya , sikap ini perlulah diterapkan dalam diri masyarakat terutamanya golongan muda . Ibu bapa memainkan peranan penying dalam mendidik anak anak agar mereka akan lebih mengutamakan kebersiahan.
ReplyDelete