Showing posts with label Recipe for Babies. Show all posts

Assalamualaikum w.b,t dan hye visitor sekelian. Dah lama tak update blog ni. Tak sempat. Kalau Auliya ada memang tak boleh buka lap...

Assalamualaikum w.b,t dan hye visitor sekelian.


Dah lama tak update blog ni. Tak sempat. Kalau Auliya ada memang tak boleh buka laptop. Lagipun kesian pula nak buat perkara lain bila Auliya di sisi. Macam kurang perhatian ja dia. 

Back to the topic, mommies semua boleh la cuba resepi puri avocado dan buah pir ini untuk diberikan kepada bayi kesayangan mommies-mommies semua. Kenapa avocado?  Saya dah mula beri avocado pada Auliya sebagai solid food yang kedua. Pertama saya beri puri lobak merah dan kedua ialah puri avocado. Sedap rasanya. Tidak manis tetapi rasanya berlemak sikit. Selain itu, khasiat avocado atau alpukat ni banyak antaranya ia mempunyai lemak. Lemak? Kolesterol? Really? Yes, alpukat sememangnya mengandungi lemak tetapi yang dinamakan lemak disini ialah lemak yang sihat. Bukan lemak tepu dan sebagainya ya. Jadi lemak sihat yang terdapat dalam buah alpukat ini merupakan salah satu antara bahan penting dalam perkembangan otak si kecil. 

Oleh kerana buah alpukat ini tidak mempunyai rasa yang menarik, mommies boleh campurkan buah apukat dengan buah pir, pisang atau pic. Peringatan mesra, beri dalam small potion dulu ya. Takut timbul masalah penghadaman atau alahan pada bayi.

Bahan-bahannya ialah: (boleh dapat 2 bekas seperti gambar di atas)

1) 1/2 biji buah alpukat
2) 1 biji buah pir
3) 10ml air masak

Cara-caranya:

1) Belah avocado kepada 2 bahagian. Keluarkan isi pada 1 bahagian yang telah dibelah tadi (saya gunakan sudu ja) dan letakkan di dalam blender bersama dengan buah pir yang telah dipotong kepada beberapa bahagian kecil.
2) Masukkan sedikit air ( buah pir tu memang dah contain air, jadi kalau tak nak letak pun tidak mengapa). Bergantung peda tahap kepekatan yang sesuai untuk setiap bayi. 
3) Blend sehingga halus dan sedia untuk dihidangkan.

Auliya is eating the avocado puree with pear. Dua-dua bekas habis.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini, saya akan berkongsi pula resepi puri lobak merah bersama susu. Sebelum saya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada kali ini, saya akan berkongsi pula resepi puri lobak merah bersama susu. Sebelum saya berkongsi resepi perlu diingatkan bahawa ibu-ibu semua perlu memberikan si comel anda hidangan ini dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu untuk mengetahui samada menu ini mengikut selera bayi mahupun tidak. So, here we go..

Bahan-bahan yang diperlukan;

  1. 1 biji lobak merah (untuk 2 hidangan)
  2. Susu ibu / tepung - mengikut kesesuaian (boleh juga digantikan dengan air masak)
Langkah-langkah;

1. Buang lapisan kulit lobak merah dan potongkannya kepada beberapa bahagian kecil.


2. Rebus / kukus lobak merah sehingga menjadi lembut dan toskan.

3. Masukkan ke dalam bekas pengisar dan masukkan juga susu ibu/tepung @ air masak. Kisar sehingga lumat. 


4. Sekiranya puri terlalu pekat, tambahkan air / susu mengikut kesesuaian. 

Sekian. Selamat mencuba.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini saya akan berkongsi satu resepi khas untuk bayi yang berusia 6 bulan dan ke ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pada hari ini saya akan berkongsi satu resepi khas untuk bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas. Sebelum saya teruskan, penting untuk saya maklumkan kepada ibu-ibu sekelian bahawa setiap bayi adalah berbeza seleranya. Jadi sebagai permulaan ibu-ibu boleh mula memberi si bayi puri dalam jumlah yang sedikit (small potion) terlebih dahulu. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Labu (bergantung kepada bilangan hidangan)
  2. Air masak - mengikut kesesuaian (better jika menggunakan air dari penapis air seperti Coway / Cuckoo) atau
  3. Susu ibu / tepung 
Langkah-langkah:

1. Potong labu kepada beberapa bahagian kecil dan buangkan kulitnya.

2. Kukuskan labu sehingga lembut. Kalau ibu-ibu nak rebus pun boleh cuma seperti yang kita sedia maklum, khasiat makanan yang direbus akan hilang.
3. Setelah labu lembut, masukkan ke dalam bekas pengisar. Masukkan sedikit air masak atau susu. Saya menggunakan Panasonic hand blander kerana tak memerlukan air yang banyak untuk proses mengisar.