Assalamualikum dan selamat sejahtera . Gambar Ruby setelah terlanggar tiang. Ini kereta saya MyVi SE 1.5. Saya gelarkan...
Cara Mudah Hilangkan Kesan Calar Pada Kereta Anda!
Assalamualikum dan selamat sejahtera.
Gambar Ruby setelah terlanggar tiang.
Ini kereta saya MyVi SE 1.5. Saya gelarkan ia RUBY. Macam mana boleh dapat kesan calar tu? Mata tak melihat sewaktu keluar dari petak parking. Bajet macam lepas tak tengok kiri terus belok dan zreekkkkk dah langgar tiang. Dalam hati dah tahu memang agak teruk ni calar sebab dari side mirror dah boleh nampak kesan putih cat tiang tu yang melekat pada body Ruby. Tak turun lagi dari kereta waktu tu. Sampai rumah lepas ambil Auliya baru tengok. Allah, teruk juga ni. Kemek lagi pada bahagian bawah. First thing to do, call my husband beritahu.
Me: Sayang, ada masalah negara ni.
Hubby: Masalah apa?
Me: Kereta langgar tiang teruk la jugak.
Hubby: Tak apa, balik jap lagi aby tengok.
Me: Tak marah ke?
Hubby: Marah buat apa, benda boleh settle.
Me: (Dalam hati, alhamdulillah dapat suami macam ni.:)
So, di bawah adalah gambar Ruby selepas mengaplikasikan produk ni.
Gambar Ruby selepas
It's quite amazing and magic. ;) cuma kesan kemek pada Ruby tu perlu diketuk atau di vacuum. TANPA perlu pergi ke kedai membaiki kenderaan dan hanya bermodalkan RM2+.++ serta tenaga yang mencukupi, kesan calar pada Ruby dapat dihilangkan. Apa yang saya gunakan ialah produk Soft 99. Highly recommended. Boleh dapatkan di pasaraya seperti Tesco, Mydin dan kedai aksesori kenderaan.
Caranya;
1. Bersihkan dulu permukaan kereta (yang calar) dengan menggunakan kain basah dan keringkan.
2. Tuangkan Soft 99 pada span yang disediakan pada bahagian penutup.
3. Kemudian gosokkan span pada permukaan kereta yang calar tadi.
4. Ulang langkah 2 dan 3 sehingga kesan calar hilang.
Hopefully, info ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih kerana berkunjung. Jumpa lagi dalam post lain. =)
About author: Unknown
Cik Dhia. It's my pen name. Currently staying in Perlis the state of Indera Kayangan and I came from Sungai Petani Kedah. A mother of a daughter and a wife to a such loving husband. I'm not a perfect blogger and open for any comment and suggestion. I will only improve with your sincere comments. Enjoy reading and thanks for visiting.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thank you
ReplyDeleteMana nal dpt soft99 ye
ReplyDelete