Assalamualaikum w.b,t dan hye visitor sekelian. Dah lama tak update blog ni. Tak sempat. Kalau Auliya ada memang tak boleh buka lap...

Resepi Puri Avocado dan Buah Pir

Assalamualaikum w.b,t dan hye visitor sekelian.


Dah lama tak update blog ni. Tak sempat. Kalau Auliya ada memang tak boleh buka laptop. Lagipun kesian pula nak buat perkara lain bila Auliya di sisi. Macam kurang perhatian ja dia. 

Back to the topic, mommies semua boleh la cuba resepi puri avocado dan buah pir ini untuk diberikan kepada bayi kesayangan mommies-mommies semua. Kenapa avocado?  Saya dah mula beri avocado pada Auliya sebagai solid food yang kedua. Pertama saya beri puri lobak merah dan kedua ialah puri avocado. Sedap rasanya. Tidak manis tetapi rasanya berlemak sikit. Selain itu, khasiat avocado atau alpukat ni banyak antaranya ia mempunyai lemak. Lemak? Kolesterol? Really? Yes, alpukat sememangnya mengandungi lemak tetapi yang dinamakan lemak disini ialah lemak yang sihat. Bukan lemak tepu dan sebagainya ya. Jadi lemak sihat yang terdapat dalam buah alpukat ini merupakan salah satu antara bahan penting dalam perkembangan otak si kecil. 

Oleh kerana buah alpukat ini tidak mempunyai rasa yang menarik, mommies boleh campurkan buah apukat dengan buah pir, pisang atau pic. Peringatan mesra, beri dalam small potion dulu ya. Takut timbul masalah penghadaman atau alahan pada bayi.

Bahan-bahannya ialah: (boleh dapat 2 bekas seperti gambar di atas)

1) 1/2 biji buah alpukat
2) 1 biji buah pir
3) 10ml air masak

Cara-caranya:

1) Belah avocado kepada 2 bahagian. Keluarkan isi pada 1 bahagian yang telah dibelah tadi (saya gunakan sudu ja) dan letakkan di dalam blender bersama dengan buah pir yang telah dipotong kepada beberapa bahagian kecil.
2) Masukkan sedikit air ( buah pir tu memang dah contain air, jadi kalau tak nak letak pun tidak mengapa). Bergantung peda tahap kepekatan yang sesuai untuk setiap bayi. 
3) Blend sehingga halus dan sedia untuk dihidangkan.

Auliya is eating the avocado puree with pear. Dua-dua bekas habis.



0 comments: