Assalamualaikum dan Hye reader sekalian . Ramai yang tidak mengetahui cara pengiraan markah atau HPNM (Himpunan Purata Nilai Mata) ...

Penting untuk Pelajar IPTA/IPTS! Cara Mengira PNM dan HPNM (GPA/CGPA)

Assalamualaikum dan Hye reader sekalian.


Ramai yang tidak mengetahui cara pengiraan markah atau HPNM (Himpunan Purata Nilai Mata) dan PNM (Purata Nilai Mata) atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali dengan GPA (Grade Point Average) dan CGPA (Cumulative Grade Point Average). Dengan mengetahui cara pengiraan pointer dibuat, para pelajar lebih mudah untuk score dalam peperiksaan seterusnya mendapat result with the flying colors (cemerlang).

Setiap institusi pengajian tinggi skala pemarkahannya dibahagi kepada dua bahagian. Penilaian berterusan (PB) atau Carry Mark dan Peperiksaan Akhir (Final Exam). Namun, bagi sesetengah program skala pemarkahan adalah 100% PB kerana tidak terdapat peperiksaan akhir. Antara bidang yang terlibat selalunya yang memerlukan kemahiran praktikal sepenuhnya dan kurang menekankan kemahiran theoretical. 

Sebagai contoh, program Diploma Seni Digital dan Diploma Pengajian Video dan Filem yang ditawarkan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin hanya mempunyai tiga subjek yang mempunyai peperiksaan akhir. Jadi lebih mudahlah nak score kan? Tidak semestinya kerana program sebegini PBnya lebih sukar kerana memerlukan pelajar tidak tidur malam menyiapkan tugasan dan projek akhir. 

Okay, back to the topic. Kalau mengikut sistem pemarkahan di Politeknik Malaysia. Sistem gred adalah seperti di bawah:


Gambar di bawah ini pula adalah contoh subjek yang diambil oleh pelajar semester 1 program Diploma Pengajian Video dan Filem. 


Jam Kredit untuk setiap subjek berbeza dan telah ditetapkan oleh pihak pengajian tiggi. Lebih tinggi jam kredit, lebih besar pengaruhnya terhadap keputusan peperiksaan anda. 
Gred adalah markah yang anda dapat untuk setiap subjek. Jika jumlah PB + PA = 80 maka gred anda adalah A
Nilai Mata , seperti gred tetapi ditonjolkan dalam bentuk nombor dan perpuluhan. Jika markah keseluruhan 80, nilai mata adalah 4.00 atau 4 flat. ;)

Macam mana pulak nak dapat Mata Kredit tu?? Mata Kredit adalah:

Jam Kredit * Nilai Mata = Mata Kredit
Contoh bagi subjek Pengajian Malaysia, 2.00 (jam kredit) * 4.00 (nilai mata) = 8.00

Bagaimana pula nak dapatkan PNM atau GPA??

Formulanya adalah (Jumlah Mata Kredit bagi semua subjek)
                                              (Jumlah Jam Kredit)

Jumlah Mata Kredit =  8.00 + 8.00 + 3.34 + 9.00 +7.34 + 6.66 + 6.00 + 7.34
                                    = 55.68 

Jumlah Jam Kredit  = 18

PNM /GPA                = 55.68 / 18
                                   = 3.093

Cara Mengira HPNM atau CGPA

Keputusan Semester 2

Jadi macam mana nak kira HPNM / CGPA ya? Formulanya adalah  

HPNM = (Jumlah Mata Kredit Semester 2 + Jumlah Mata Kredit Semester 1)
                                    Jumlah Jam Kredit Terkumpul  

HPNM = ((8.00 + 4.00 + 7.34 + 9.00 + 7.34 + 9.99 + 9.99 + 7.34) + 55.68)
                                                           (18 + 18)
HPNM = (63 + 55.68)
                       36 

HPNM = 118.68 / 36 

HPNM = 3.296 atau 3.30 

Hope this post will help you in achieving great result in the future. Peringatan, penting untuk memberi tumpuan lebih kepada subjek yang mempunyai jam kredit yang besar. Last but not least. Sometimes, what it takes to get excellent result is not working hard but working smart. Enjoy..



12 comments:

  1. jumlah jam kredit terkumpul tu campur yg sem2 dgn sem1 atau sem 2 sahaja ?

    ReplyDelete
  2. Nk tanya mcm mne nk kira markah pb klau ada exam

    ReplyDelete
  3. tak faham,kalau nak dapat GCPA akhir pengajian macam mana ya, mohon pencerahan

    ReplyDelete
  4. Saya ada cgpa calculation guna excel. Boleh kira dari sem 1 sampai sem akhir. Berminat email saya hishamdesa@unikl.edu.my atau download dari link https://padlet.com/hmdesa/stu94o06c6jw tapi sila tinggalkan massage ( nama dan dari Universiti mana). FREE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada yang repeat paper??, owh ya jumlah jam kredit utk smua smester fix kan..

      Delete
    2. Minta maaf...bagaimana perKiraan Markah pb Dalam peperiksaan akan Di Kira?

      Delete
  5. Salam.. Maaf saya nk tnya.. Mcm mn ye kita nk tau Carrymark student poli? Melalui I-system ke? Saya nk mintk pencerahan.. Sbb anak saya student poli di sem 2 skrg.. Ms sem 1 dia x tau carrymark brp.. Katanya ms final je trus tau dpt result ok ke x.. x tau btul ke x..

    ReplyDelete
  6. Adakah kehadiran mempengaruhi jam kredit....jika tidak hadir kelas adakah jam kredit akan berkurang?

    ReplyDelete
  7. Kalau practikal kira sekali ke macam mne ye ?

    ReplyDelete
  8. Untuk program diploma seni digital Dan video pefileman ade exam ke atau hnye tugasan Dan projek akhir

    ReplyDelete
  9. kat poli D pun lulus lagi? untung lerr, ipt lain banyak C- pun dah fail

    ReplyDelete