Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini saya akan berkongsi satu pengalaman yang mungkin dapat memberi manfaat kepada i...
Cara Mengatasi/Merawat Kembung Perut Bayi!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada hari ini saya akan berkongsi satu pengalaman yang mungkin dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu sekalian. Semasa Auliya masih di dalam pantang sehingga usia Auliya menginjak 4 bulan, Auliya sering mendapat kembung perut atau dalam bahasa Inggeris dikenali dengan colic. Selalunya pada waktu petang selepas pukul 6. Kadang-kadang tu, pada tengah malam. Salah saya, saya tak pakaikan Auliya barut semasa diawal kelahiran Auliya. Even selepas tali pusat Auliya putus pun mama saya lupa nak letakkan lada hitam. Sebab terlalu excited menimbang cucu sulung. Ujian Allah.
1. Macam-macam saya usahakan, saya elak makan dan minum benda yang berangin dan berkafein. Tetapi Auliya masih kembung.
2. Melalui pembacaan ada blogger yang gunakan Gripe Water, dan berkesan. Jadi saya juga beli di Baby Mall. Peringatan: Sila beri ikut sukatan yang disediakan. Lebih baik jika dapatkan nasihat dan pandangan doktor sebelum guna. Tetapi saya dah terdesak, saya beri ja pada Auliya. Masih tak berkesan.
3. Saya belikan barut baru pada Auliya memandangkan badan Auliya dah getting lebar barut yang sedia ada tak muat. Dan saya juga beli tungku bayi untuk tuam perut Auliya. Masih tak berkesan, Auliya tetap menangis tepat pukul 7 malam. Kalau nak tahu Auliya kembung atau tak 10 minutes to or after 7 dia akan menangis. Kalau tak memang the whole day atau sampai malam dia tak kembung. It will happen almost everyday. 5 kali seminggu. Sampai saya pun menangis (hati ibu, mana sanggup tengok anak menangis kuat dengan perut mengeras sakit.)
4. Urutan. Memang saya tak pernah miss untuk urut Auliya di badan dan kaki setiap kali selepas mandi. Bermacam-macam teknik urutan dan minyak telon saya gunakan. Minyak Yuyi Cap Limau, Minyak Afiat (yang tak panas tu), minyak telon bayi Tropical Herbs Amway dan minyak Borak. Masih tak berkesan.
Minyak Afiat
Minyak bayi Tropical Herbs Amway
Keadaan berterusan sehingga habis tempoh cuti bersalin. Saya dan suami seperti dah ada satu rutin tetap pada jam 7 malam setiap hari akan bergilir-gilir mendukung dan mengendong Auliya sehingga kembung perutnya beransur hilang. Usually 2 hours or more. Selepas dua minggu hantar Auliya ke nanny, saya mula notice satu perubahan. Setiap kali Auliya berada di rumah pengasuh (work day), Auliya tak akan dapat colic. Tetapi bila hari cuti colic Auliya kembali 'menyerang'. Saya tanya nanny Auliya dia ada buat apa-apa ke contohnya tuam perut Auliya atau sebagainya. Nanny cakap tak ada pulak. Then the next day saya hantar Auliya ke rumah nanny, nanny tanya semalam Auliya kembung perut tak? Saya jawab tak. Then nanny cakap mungkin sebab dia duk urut tapak kaki Auliya. Sebab dia perasan tapak kaki Auliya sangat sejuk. Saya juga perasan tetapi saya tak menyangka bahawa it is one of the indicator. Sebelum ni pun saya urut juga tapi sekejap ja.
Nanny Auliya is only 38 y.o dan alhamdulillah ketika saya mula-mula hantar Auliya ke rumah nanny tu, mak pengasuh Auliya stay for a while di sana. Jadi mak tok la perasan dan mula urut tapak kaki Auliya tu sampai tapak kaki Auliya panas semula. Alhamdulillah. Allah beri penyelesaian melalui mak tok @ mak nanny Auliya. Syukur sangat-sangat. Sejak tu Auliya dah jarang kembung perut dan boleh dikatakan tak pernah lagi menghadapi masalah tu.
Kepada mommies sekalian, jangan putus asa. Setiap masalah ada penyelesaian. Samada lambat atau cepat. Sabar, tabah, redhalah. Setiap ujian ada hikmahnya. Hikmah yang saya dapat ialah, sehingga sekarang usia Auliya dan melebihi 9 bulan Auliya tak pernah demam, tak pernah selesema, tak pernah batuk dan tak pernah ada masalah kesihatan yang lain walaupun Auliya nak tumbuh gigi dan walaupun Auliya learn something new. Maka, nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan? Terima kasih ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim. Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman yang tak seberapa ni. Semoga bermanfaat.
About author: Unknown
Cik Dhia. It's my pen name. Currently staying in Perlis the state of Indera Kayangan and I came from Sungai Petani Kedah. A mother of a daughter and a wife to a such loving husband. I'm not a perfect blogger and open for any comment and suggestion. I will only improve with your sincere comments. Enjoy reading and thanks for visiting.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hi, keadaan anak saya sama macam puan. Sekarang dah 4 bulan masih belum stabil lagi. Segala jenis minyak, tuam pagi petang, sireh la semua pun tak nampak perubahan. Boleh saya tau, ada teknik ke utk urut tapak kaki anak? Lepas baca ni saya perasan tapak kaki anak saya pun sejuk. Terima kasih
ReplyDelete