Assalamualaikum / Hye all. Kepada sesiapa yang berjalan-jalan dan melawat negeri Kedah. Welcome. Mai cek mai cek mai kita ke negeri Ked...

Restoran Huzay, Taman Ria Sungai Petani

Assalamualaikum / Hye all.

Kepada sesiapa yang berjalan-jalan dan melawat negeri Kedah. Welcome. Mai cek mai cek mai kita ke negeri Kedah. Ok dah lupa lirik. Nanti saya update semula lagu ini. Feberet ni. Kata orang Kedah. Hari ini saya nak share tempat makan menarik di Sungai Petani.


In sha Allah kepada pengunjung dan penduduk negeri Kedah, saya akan cuba update tempat makan menarik yang berada di sekitar Kedah amnya. Dalam entry kali ni saya akan kongsi satu restoran yang pernah dikunjungi oleh Jalan-jalan Cari Makan iaitu Huzay Seafood & Western Food yang terletak di Medan Selera Taman Ria, Sungai Petani.

Apa yang manarik tentang kedai makan ni? Saya suka perkhidmatan yang ditawarkan. Salah satu daripadanya ialah, sebelum hidangan yang kita order sampai, kita akan dijamu dengan kacang rangup dan disediakan juga sambal belacan untuk dimakan/dicalit bersama kacang shantung tu. Bagi saya menarik la sebab first time cuba kan. 


Auliya di Huzay. Seronok tengok lampu.

Kedua, air minuman yang dipesan sampai dalam masa 5 minit sahaja dan makanan juga menyusul tak lama selepas itu (mungkin juga sebab tak ramai sangat orang pada waktu itu). Memandangkan ini adalah kunjungan pertama saya selepas 3 tahun, saya dah lupa rasa menu-menu sebelum ni. Tapi apa yang saya makan sewaktu the last time I was there is Nasi Goreng Seafood. Rasanya memang sedap. Nasi Goreng Daging Merah juga sedap. My husband's Chicken Fried Rice sahaja yang biasa-biasa. =) Dan harganya agak berpatutan la juga. 2 Teh Ais, 1 Teh 'O' Ais, Nasi Goreng Ayam 1, Nasi Goreng Seafood 1 dan Nasi Goreng Daging Merah 1. Total semua RM24.00. Purata nasi goreng adalah RM7 satu.


Bagi western food pula saya tak sempat nak menjamunya lagi. In sha Allah pada masa-masa yang akan datang. Ok lah netizen sekalian, sampai sini sahaja entry untuk kali ini. Jumpa lagi ya.





0 comments: