Assalamualaikum / Hye everyone . This is my third post for this blog, and I'm not going to share the puree recipe but I'm g...
Cara Mengurangkan Rambut Gugur Selepas Bersalin
This is my third post for this blog, and I'm not going to share the puree recipe but I'm gonna tell you mummies what you should do when you notice the incredible amount of fallen hairs on the floor after several months giving birth to our Dear Daughter (DD) / Dear Son (DS).
Saya mula sedar rambut saya banyak gugur bila Auliya berusia lebih kurang 5 bulan. Malu pada MIL yang datang rumah dan terpaksa pula menyapu lantai yang banyak rambut tu. Dalam fikiran at that moment, I really need to do something about this. Tak kan nak tunggu botak baru nak bertindak. Before giving birth, I do know that my hair will fall but I didn't expect THIS MUCH!
Tindakan pertama yang saya buat, got my hair cut. Unfortunately, masalah tak selesai. With the same enthusiasm, I move to the second step, looking for the information online I've found out that one of the blogger using Himalaya Shampoo and set. Saya pun cari. 1st place, The Store. Saya suruh husband yang tanyakan since saya jaga barang di luar. Dia came out from the store and said, 'Kena naik banjaran dulu.' Saya tak faham. After several minutes baru lawak tu sampai. ;D Pos tak berapa laju.
Benda yang dicari memang payah kita nak jumpa tapi bila tak dicari ada ja dimana-mana. ;) Saya ke Mydin Kepala Batas, di situ ada Royal Pharma alhamdulillah ada dan husband belikan by using the voucher. Saya beli shampu dan Hairfall Oil ja. Balik rumah dengan semangat membara terus cuba pakai.
Sekali.. dua kali.. tiga kali.. sampai 3 minggu saya cuba masih sama. Dalam hati dah mula tumbuh benih putus asa. Saya tanya suami, dia sayang saya lagi tak kalau saya botak. Dia cakap mestilah sayang..apa la ada pada rambut. (Cheaa ayat jaga hati kan. Tak nak isteri dia stress nanti tak masak.)
Saya juga cuba jenama lain antaranya LOREAL dan Dove tapi juga tak berkesan. Hampa. Saya lupakan dah tentang hal tu sehinggalah saya bertemu kawan saya Mel semasa berkursus. Mel is a mother to a such handsome boy and only two months older than Auliya. Saya pun terbuka hati nak tanya dia. Dia cakap dia pakai Safi Shayla Kawalan Rambut Gugur, botol oren katanya. Hujung minggu kebetulan saya ke shopping mall, terbeli la sekali Safi Shayla ni. Hati tak berapa nak excited takut kecewa kan. Esok tu baru pakai.
Sekali.. dua kali.. Seriuosly, rambut dah kurang gugur. Cuma ada la setiap kali mandi tu 2 ke 4 helai yang gugur. Alhamdulillah. Allahuakbar. Thanks Mel. Love you. Tak sangka shampu yang saya beli dengan harga hanya RM9.90 ( at that time ) itu mampu menyelesaikan masalah.
Bila rambut dah tak gugur, pergi ofis tanya sahabat sorang ni yang juga baru lepas bersalin (beza usia bayi kami 2 hari).
Me : Cah, rambut gugur lagi tak?
Cah : Gugur lagi. Hang?
Me : Dah tak gugur.
Cah : Pakai apa?
Me : Shampu tu ja. Safi Rania.
Cah : Oh, ok nanti aku beli. (Sampai sudah tak beli sebab cari Shampu brand Safi Rania. Siap beritahu promoter Safi lagi yang shampu Safi Rania ada. Kawan saya beli.)
Maaf Cah. Jangan marah ya.
About author: Unknown
Cik Dhia. It's my pen name. Currently staying in Perlis the state of Indera Kayangan and I came from Sungai Petani Kedah. A mother of a daughter and a wife to a such loving husband. I'm not a perfect blogger and open for any comment and suggestion. I will only improve with your sincere comments. Enjoy reading and thanks for visiting.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: