Showing posts with label Parenting. Show all posts

Assalamualaikum w.b,t dan hye visitor sekelian. Dah lama tak update blog ni. Tak sempat. Kalau Auliya ada memang tak boleh buka lap...

Assalamualaikum w.b,t dan hye visitor sekelian.


Dah lama tak update blog ni. Tak sempat. Kalau Auliya ada memang tak boleh buka laptop. Lagipun kesian pula nak buat perkara lain bila Auliya di sisi. Macam kurang perhatian ja dia. 

Back to the topic, mommies semua boleh la cuba resepi puri avocado dan buah pir ini untuk diberikan kepada bayi kesayangan mommies-mommies semua. Kenapa avocado?  Saya dah mula beri avocado pada Auliya sebagai solid food yang kedua. Pertama saya beri puri lobak merah dan kedua ialah puri avocado. Sedap rasanya. Tidak manis tetapi rasanya berlemak sikit. Selain itu, khasiat avocado atau alpukat ni banyak antaranya ia mempunyai lemak. Lemak? Kolesterol? Really? Yes, alpukat sememangnya mengandungi lemak tetapi yang dinamakan lemak disini ialah lemak yang sihat. Bukan lemak tepu dan sebagainya ya. Jadi lemak sihat yang terdapat dalam buah alpukat ini merupakan salah satu antara bahan penting dalam perkembangan otak si kecil. 

Oleh kerana buah alpukat ini tidak mempunyai rasa yang menarik, mommies boleh campurkan buah apukat dengan buah pir, pisang atau pic. Peringatan mesra, beri dalam small potion dulu ya. Takut timbul masalah penghadaman atau alahan pada bayi.

Bahan-bahannya ialah: (boleh dapat 2 bekas seperti gambar di atas)

1) 1/2 biji buah alpukat
2) 1 biji buah pir
3) 10ml air masak

Cara-caranya:

1) Belah avocado kepada 2 bahagian. Keluarkan isi pada 1 bahagian yang telah dibelah tadi (saya gunakan sudu ja) dan letakkan di dalam blender bersama dengan buah pir yang telah dipotong kepada beberapa bahagian kecil.
2) Masukkan sedikit air ( buah pir tu memang dah contain air, jadi kalau tak nak letak pun tidak mengapa). Bergantung peda tahap kepekatan yang sesuai untuk setiap bayi. 
3) Blend sehingga halus dan sedia untuk dihidangkan.

Auliya is eating the avocado puree with pear. Dua-dua bekas habis.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini saya akan berkongsi satu pengalaman yang mungkin dapat memberi manfaat kepada i...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pada hari ini saya akan berkongsi satu pengalaman yang mungkin dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu sekalian. Semasa Auliya masih di dalam pantang sehingga usia Auliya menginjak 4 bulan, Auliya sering mendapat kembung perut atau dalam bahasa Inggeris dikenali dengan colic. Selalunya pada waktu petang selepas pukul 6. Kadang-kadang tu, pada tengah malam. Salah saya, saya tak pakaikan Auliya barut semasa diawal kelahiran Auliya. Even selepas tali pusat Auliya putus pun mama saya lupa nak letakkan lada hitam. Sebab terlalu excited menimbang cucu sulung. Ujian Allah.

1. Macam-macam saya usahakan, saya elak makan dan minum benda yang berangin dan berkafein. Tetapi Auliya masih kembung.


2. Melalui pembacaan ada blogger yang gunakan Gripe Water, dan berkesan. Jadi saya juga beli di Baby Mall. Peringatan: Sila beri ikut sukatan yang disediakan. Lebih baik jika dapatkan nasihat dan pandangan doktor sebelum guna. Tetapi saya dah terdesak, saya beri ja pada Auliya. Masih tak berkesan.


3. Saya belikan barut baru pada Auliya memandangkan badan Auliya dah getting lebar barut yang sedia ada tak muat. Dan saya juga beli tungku bayi untuk tuam perut Auliya. Masih tak berkesan, Auliya tetap menangis tepat pukul 7 malam. Kalau nak tahu Auliya kembung atau tak 10 minutes to or after 7 dia akan menangis. Kalau tak memang the whole day atau sampai malam dia tak kembung. It will happen almost everyday. 5 kali seminggu. Sampai saya pun menangis (hati ibu, mana sanggup tengok anak menangis kuat dengan perut mengeras sakit.)

4. Urutan. Memang saya tak pernah miss untuk urut Auliya di badan dan kaki setiap kali selepas mandi. Bermacam-macam teknik urutan dan minyak telon saya gunakan. Minyak Yuyi Cap Limau, Minyak Afiat (yang tak panas tu), minyak telon bayi Tropical Herbs Amway dan minyak Borak. Masih tak berkesan.
 Minyak Afiat

Minyak bayi Tropical Herbs Amway

Keadaan berterusan sehingga habis tempoh cuti bersalin. Saya dan suami seperti dah ada satu rutin tetap pada jam 7 malam setiap hari akan bergilir-gilir mendukung dan mengendong Auliya sehingga kembung perutnya beransur hilang. Usually 2 hours or more.  Selepas dua minggu hantar Auliya ke nanny, saya mula notice satu perubahan. Setiap kali Auliya berada di rumah pengasuh (work day), Auliya tak akan dapat colic. Tetapi bila hari cuti colic Auliya kembali 'menyerang'. Saya tanya nanny Auliya dia ada buat apa-apa ke contohnya tuam perut Auliya atau sebagainya. Nanny cakap tak ada pulak. Then the next day saya hantar Auliya ke rumah nanny, nanny tanya semalam Auliya kembung perut tak? Saya jawab tak. Then nanny cakap mungkin sebab dia duk urut tapak kaki Auliya. Sebab dia perasan tapak kaki Auliya sangat sejuk. Saya juga perasan tetapi saya tak menyangka bahawa it is one of the indicator. Sebelum ni pun saya urut juga tapi sekejap ja.


Nanny Auliya is only 38 y.o dan alhamdulillah ketika saya mula-mula hantar Auliya ke rumah nanny tu, mak pengasuh Auliya stay for a while di sana. Jadi mak tok la perasan dan mula urut tapak kaki Auliya tu sampai tapak kaki Auliya panas semula. Alhamdulillah. Allah beri penyelesaian melalui mak tok @  mak nanny Auliya. Syukur sangat-sangat. Sejak tu Auliya dah jarang kembung perut dan boleh dikatakan tak pernah lagi menghadapi masalah tu.

Kepada mommies sekalian, jangan putus asa. Setiap masalah ada penyelesaian. Samada lambat atau cepat. Sabar, tabah, redhalah. Setiap ujian ada hikmahnya. Hikmah yang saya dapat ialah, sehingga sekarang usia Auliya dan melebihi 9 bulan Auliya tak pernah demam, tak pernah selesema, tak pernah batuk dan tak pernah ada masalah kesihatan yang lain walaupun Auliya nak tumbuh gigi dan walaupun Auliya learn something new. Maka, nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan? Terima kasih ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim. Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman yang tak seberapa ni. Semoga bermanfaat.




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini, saya akan berkongsi pula resepi puri lobak merah bersama susu. Sebelum saya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada kali ini, saya akan berkongsi pula resepi puri lobak merah bersama susu. Sebelum saya berkongsi resepi perlu diingatkan bahawa ibu-ibu semua perlu memberikan si comel anda hidangan ini dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu untuk mengetahui samada menu ini mengikut selera bayi mahupun tidak. So, here we go..

Bahan-bahan yang diperlukan;

  1. 1 biji lobak merah (untuk 2 hidangan)
  2. Susu ibu / tepung - mengikut kesesuaian (boleh juga digantikan dengan air masak)
Langkah-langkah;

1. Buang lapisan kulit lobak merah dan potongkannya kepada beberapa bahagian kecil.


2. Rebus / kukus lobak merah sehingga menjadi lembut dan toskan.

3. Masukkan ke dalam bekas pengisar dan masukkan juga susu ibu/tepung @ air masak. Kisar sehingga lumat. 


4. Sekiranya puri terlalu pekat, tambahkan air / susu mengikut kesesuaian. 

Sekian. Selamat mencuba.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini saya akan berkongsi satu resepi khas untuk bayi yang berusia 6 bulan dan ke ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pada hari ini saya akan berkongsi satu resepi khas untuk bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas. Sebelum saya teruskan, penting untuk saya maklumkan kepada ibu-ibu sekelian bahawa setiap bayi adalah berbeza seleranya. Jadi sebagai permulaan ibu-ibu boleh mula memberi si bayi puri dalam jumlah yang sedikit (small potion) terlebih dahulu. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Labu (bergantung kepada bilangan hidangan)
  2. Air masak - mengikut kesesuaian (better jika menggunakan air dari penapis air seperti Coway / Cuckoo) atau
  3. Susu ibu / tepung 
Langkah-langkah:

1. Potong labu kepada beberapa bahagian kecil dan buangkan kulitnya.

2. Kukuskan labu sehingga lembut. Kalau ibu-ibu nak rebus pun boleh cuma seperti yang kita sedia maklum, khasiat makanan yang direbus akan hilang.
3. Setelah labu lembut, masukkan ke dalam bekas pengisar. Masukkan sedikit air masak atau susu. Saya menggunakan Panasonic hand blander kerana tak memerlukan air yang banyak untuk proses mengisar.