Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini, saya akan berkongsi pula resepi puri lobak merah bersama susu. Sebelum saya...

Resepi Lobak Merah dan Susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada kali ini, saya akan berkongsi pula resepi puri lobak merah bersama susu. Sebelum saya berkongsi resepi perlu diingatkan bahawa ibu-ibu semua perlu memberikan si comel anda hidangan ini dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu untuk mengetahui samada menu ini mengikut selera bayi mahupun tidak. So, here we go..

Bahan-bahan yang diperlukan;

  1. 1 biji lobak merah (untuk 2 hidangan)
  2. Susu ibu / tepung - mengikut kesesuaian (boleh juga digantikan dengan air masak)
Langkah-langkah;

1. Buang lapisan kulit lobak merah dan potongkannya kepada beberapa bahagian kecil.


2. Rebus / kukus lobak merah sehingga menjadi lembut dan toskan.

3. Masukkan ke dalam bekas pengisar dan masukkan juga susu ibu/tepung @ air masak. Kisar sehingga lumat. 


4. Sekiranya puri terlalu pekat, tambahkan air / susu mengikut kesesuaian. 

Sekian. Selamat mencuba.


0 comments: