Assalamualaikum w.b,t dan hye visitor sekelian. Dah lama tak update blog ni. Tak sempat. Kalau Auliya ada memang tak boleh buka lap...
Resepi Puri Avocado dan Buah Pir
Assalamualaikum w.b,t dan hye visitor sekelian.
Dah lama tak update blog ni. Tak sempat. Kalau Auliya ada memang tak boleh buka laptop. Lagipun kesian pula nak buat perkara lain bila Auliya di sisi. Macam kurang perhatian ja dia.
Back to the topic, mommies semua boleh la cuba resepi puri avocado dan buah pir ini untuk diberikan kepada bayi kesayangan mommies-mommies semua. Kenapa avocado? Saya dah mula beri avocado pada Auliya sebagai solid food yang kedua. Pertama saya beri puri lobak merah dan kedua ialah puri avocado. Sedap rasanya. Tidak manis tetapi rasanya berlemak sikit. Selain itu, khasiat avocado atau alpukat ni banyak antaranya ia mempunyai lemak. Lemak? Kolesterol? Really? Yes, alpukat sememangnya mengandungi lemak tetapi yang dinamakan lemak disini ialah lemak yang sihat. Bukan lemak tepu dan sebagainya ya. Jadi lemak sihat yang terdapat dalam buah alpukat ini merupakan salah satu antara bahan penting dalam perkembangan otak si kecil.
Oleh kerana buah alpukat ini tidak mempunyai rasa yang menarik, mommies boleh campurkan buah apukat dengan buah pir, pisang atau pic. Peringatan mesra, beri dalam small potion dulu ya. Takut timbul masalah penghadaman atau alahan pada bayi.
Bahan-bahannya ialah: (boleh dapat 2 bekas seperti gambar di atas)
1) 1/2 biji buah alpukat
2) 1 biji buah pir
3) 10ml air masak
Cara-caranya:
1) Belah avocado kepada 2 bahagian. Keluarkan isi pada 1 bahagian yang telah dibelah tadi (saya gunakan sudu ja) dan letakkan di dalam blender bersama dengan buah pir yang telah dipotong kepada beberapa bahagian kecil.
2) Masukkan sedikit air ( buah pir tu memang dah contain air, jadi kalau tak nak letak pun tidak mengapa). Bergantung peda tahap kepekatan yang sesuai untuk setiap bayi.
3) Blend sehingga halus dan sedia untuk dihidangkan.
Auliya is eating the avocado puree with pear. Dua-dua bekas habis.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini saya akan berkongsi satu pengalaman yang mungkin dapat memberi manfaat kepada i...
Cara Mengatasi/Merawat Kembung Perut Bayi!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada hari ini saya akan berkongsi satu pengalaman yang mungkin dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu sekalian. Semasa Auliya masih di dalam pantang sehingga usia Auliya menginjak 4 bulan, Auliya sering mendapat kembung perut atau dalam bahasa Inggeris dikenali dengan colic. Selalunya pada waktu petang selepas pukul 6. Kadang-kadang tu, pada tengah malam. Salah saya, saya tak pakaikan Auliya barut semasa diawal kelahiran Auliya. Even selepas tali pusat Auliya putus pun mama saya lupa nak letakkan lada hitam. Sebab terlalu excited menimbang cucu sulung. Ujian Allah.
1. Macam-macam saya usahakan, saya elak makan dan minum benda yang berangin dan berkafein. Tetapi Auliya masih kembung.
2. Melalui pembacaan ada blogger yang gunakan Gripe Water, dan berkesan. Jadi saya juga beli di Baby Mall. Peringatan: Sila beri ikut sukatan yang disediakan. Lebih baik jika dapatkan nasihat dan pandangan doktor sebelum guna. Tetapi saya dah terdesak, saya beri ja pada Auliya. Masih tak berkesan.
3. Saya belikan barut baru pada Auliya memandangkan badan Auliya dah getting lebar barut yang sedia ada tak muat. Dan saya juga beli tungku bayi untuk tuam perut Auliya. Masih tak berkesan, Auliya tetap menangis tepat pukul 7 malam. Kalau nak tahu Auliya kembung atau tak 10 minutes to or after 7 dia akan menangis. Kalau tak memang the whole day atau sampai malam dia tak kembung. It will happen almost everyday. 5 kali seminggu. Sampai saya pun menangis (hati ibu, mana sanggup tengok anak menangis kuat dengan perut mengeras sakit.)
4. Urutan. Memang saya tak pernah miss untuk urut Auliya di badan dan kaki setiap kali selepas mandi. Bermacam-macam teknik urutan dan minyak telon saya gunakan. Minyak Yuyi Cap Limau, Minyak Afiat (yang tak panas tu), minyak telon bayi Tropical Herbs Amway dan minyak Borak. Masih tak berkesan.
Minyak Afiat
Minyak bayi Tropical Herbs Amway
Keadaan berterusan sehingga habis tempoh cuti bersalin. Saya dan suami seperti dah ada satu rutin tetap pada jam 7 malam setiap hari akan bergilir-gilir mendukung dan mengendong Auliya sehingga kembung perutnya beransur hilang. Usually 2 hours or more. Selepas dua minggu hantar Auliya ke nanny, saya mula notice satu perubahan. Setiap kali Auliya berada di rumah pengasuh (work day), Auliya tak akan dapat colic. Tetapi bila hari cuti colic Auliya kembali 'menyerang'. Saya tanya nanny Auliya dia ada buat apa-apa ke contohnya tuam perut Auliya atau sebagainya. Nanny cakap tak ada pulak. Then the next day saya hantar Auliya ke rumah nanny, nanny tanya semalam Auliya kembung perut tak? Saya jawab tak. Then nanny cakap mungkin sebab dia duk urut tapak kaki Auliya. Sebab dia perasan tapak kaki Auliya sangat sejuk. Saya juga perasan tetapi saya tak menyangka bahawa it is one of the indicator. Sebelum ni pun saya urut juga tapi sekejap ja.
Nanny Auliya is only 38 y.o dan alhamdulillah ketika saya mula-mula hantar Auliya ke rumah nanny tu, mak pengasuh Auliya stay for a while di sana. Jadi mak tok la perasan dan mula urut tapak kaki Auliya tu sampai tapak kaki Auliya panas semula. Alhamdulillah. Allah beri penyelesaian melalui mak tok @ mak nanny Auliya. Syukur sangat-sangat. Sejak tu Auliya dah jarang kembung perut dan boleh dikatakan tak pernah lagi menghadapi masalah tu.
Kepada mommies sekalian, jangan putus asa. Setiap masalah ada penyelesaian. Samada lambat atau cepat. Sabar, tabah, redhalah. Setiap ujian ada hikmahnya. Hikmah yang saya dapat ialah, sehingga sekarang usia Auliya dan melebihi 9 bulan Auliya tak pernah demam, tak pernah selesema, tak pernah batuk dan tak pernah ada masalah kesihatan yang lain walaupun Auliya nak tumbuh gigi dan walaupun Auliya learn something new. Maka, nikmat Allah yang manakah yang engkau dustakan? Terima kasih ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim. Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman yang tak seberapa ni. Semoga bermanfaat.
Assalamualikum dan selamat sejahtera . Gambar Ruby setelah terlanggar tiang. Ini kereta saya MyVi SE 1.5. Saya gelarkan...
Cara Mudah Hilangkan Kesan Calar Pada Kereta Anda!
Assalamualikum dan selamat sejahtera.
Gambar Ruby setelah terlanggar tiang.
Ini kereta saya MyVi SE 1.5. Saya gelarkan ia RUBY. Macam mana boleh dapat kesan calar tu? Mata tak melihat sewaktu keluar dari petak parking. Bajet macam lepas tak tengok kiri terus belok dan zreekkkkk dah langgar tiang. Dalam hati dah tahu memang agak teruk ni calar sebab dari side mirror dah boleh nampak kesan putih cat tiang tu yang melekat pada body Ruby. Tak turun lagi dari kereta waktu tu. Sampai rumah lepas ambil Auliya baru tengok. Allah, teruk juga ni. Kemek lagi pada bahagian bawah. First thing to do, call my husband beritahu.
Me: Sayang, ada masalah negara ni.
Hubby: Masalah apa?
Me: Kereta langgar tiang teruk la jugak.
Hubby: Tak apa, balik jap lagi aby tengok.
Me: Tak marah ke?
Hubby: Marah buat apa, benda boleh settle.
Me: (Dalam hati, alhamdulillah dapat suami macam ni.:)
So, di bawah adalah gambar Ruby selepas mengaplikasikan produk ni.
Gambar Ruby selepas
It's quite amazing and magic. ;) cuma kesan kemek pada Ruby tu perlu diketuk atau di vacuum. TANPA perlu pergi ke kedai membaiki kenderaan dan hanya bermodalkan RM2+.++ serta tenaga yang mencukupi, kesan calar pada Ruby dapat dihilangkan. Apa yang saya gunakan ialah produk Soft 99. Highly recommended. Boleh dapatkan di pasaraya seperti Tesco, Mydin dan kedai aksesori kenderaan.
Caranya;
1. Bersihkan dulu permukaan kereta (yang calar) dengan menggunakan kain basah dan keringkan.
2. Tuangkan Soft 99 pada span yang disediakan pada bahagian penutup.
3. Kemudian gosokkan span pada permukaan kereta yang calar tadi.
4. Ulang langkah 2 dan 3 sehingga kesan calar hilang.
Hopefully, info ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih kerana berkunjung. Jumpa lagi dalam post lain. =)
Assalamualaikum dan Hye reader sekalian . Ramai yang tidak mengetahui cara pengiraan markah atau HPNM (Himpunan Purata Nilai Mata) ...
Penting untuk Pelajar IPTA/IPTS! Cara Mengira PNM dan HPNM (GPA/CGPA)
Assalamualaikum dan Hye reader sekalian.
Ramai yang tidak mengetahui cara pengiraan markah atau HPNM (Himpunan Purata Nilai Mata) dan PNM (Purata Nilai Mata) atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali dengan GPA (Grade Point Average) dan CGPA (Cumulative Grade Point Average). Dengan mengetahui cara pengiraan pointer dibuat, para pelajar lebih mudah untuk score dalam peperiksaan seterusnya mendapat result with the flying colors (cemerlang).
Setiap institusi pengajian tinggi skala pemarkahannya dibahagi kepada dua bahagian. Penilaian berterusan (PB) atau Carry Mark dan Peperiksaan Akhir (Final Exam). Namun, bagi sesetengah program skala pemarkahan adalah 100% PB kerana tidak terdapat peperiksaan akhir. Antara bidang yang terlibat selalunya yang memerlukan kemahiran praktikal sepenuhnya dan kurang menekankan kemahiran theoretical.
Sebagai contoh, program Diploma Seni Digital dan Diploma Pengajian Video dan Filem yang ditawarkan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin hanya mempunyai tiga subjek yang mempunyai peperiksaan akhir. Jadi lebih mudahlah nak score kan? Tidak semestinya kerana program sebegini PBnya lebih sukar kerana memerlukan pelajar tidak tidur malam menyiapkan tugasan dan projek akhir.
Okay, back to the topic. Kalau mengikut sistem pemarkahan di Politeknik Malaysia. Sistem gred adalah seperti di bawah:
Gambar di bawah ini pula adalah contoh subjek yang diambil oleh pelajar semester 1 program Diploma Pengajian Video dan Filem.
Jam Kredit untuk setiap subjek berbeza dan telah ditetapkan oleh pihak pengajian tiggi. Lebih tinggi jam kredit, lebih besar pengaruhnya terhadap keputusan peperiksaan anda.
Gred adalah markah yang anda dapat untuk setiap subjek. Jika jumlah PB + PA = 80 maka gred anda adalah A
Nilai Mata , seperti gred tetapi ditonjolkan dalam bentuk nombor dan perpuluhan. Jika markah keseluruhan 80, nilai mata adalah 4.00 atau 4 flat. ;)
Macam mana pulak nak dapat Mata Kredit tu?? Mata Kredit adalah:
Jam Kredit * Nilai Mata = Mata Kredit
Contoh bagi subjek Pengajian Malaysia, 2.00 (jam kredit) * 4.00 (nilai mata) = 8.00
Bagaimana pula nak dapatkan PNM atau GPA??
Formulanya adalah (Jumlah Mata Kredit bagi semua subjek)
(Jumlah Jam Kredit)
Jumlah Mata Kredit = 8.00 + 8.00 + 3.34 + 9.00 +7.34 + 6.66 + 6.00 + 7.34
= 55.68
Jumlah Jam Kredit = 18
PNM /GPA = 55.68 / 18
= 3.093
Cara Mengira HPNM atau CGPA
Keputusan Semester 2
Jadi macam mana nak kira HPNM / CGPA ya? Formulanya adalah
HPNM = (Jumlah Mata Kredit Semester 2 + Jumlah Mata Kredit Semester 1)
Jumlah Jam Kredit Terkumpul
HPNM = ((8.00 + 4.00 + 7.34 + 9.00 + 7.34 + 9.99 + 9.99 + 7.34) + 55.68)
(18 + 18)
HPNM = (63 + 55.68)
36
HPNM = 118.68 / 36
HPNM = 3.296 atau 3.30
Hope this post will help you in achieving great result in the future. Peringatan, penting untuk memberi tumpuan lebih kepada subjek yang mempunyai jam kredit yang besar. Last but not least. Sometimes, what it takes to get excellent result is not working hard but working smart. Enjoy..
Assalamualaikum / Hye all. Kepada sesiapa yang berjalan-jalan dan melawat negeri Kedah. Welcome. Mai cek mai cek mai kita ke negeri Ked...
Restoran Huzay, Taman Ria Sungai Petani
Assalamualaikum / Hye all.
Kepada sesiapa yang berjalan-jalan dan melawat negeri Kedah. Welcome. Mai cek mai cek mai kita ke negeri Kedah. Ok dah lupa lirik. Nanti saya update semula lagu ini. Feberet ni. Kata orang Kedah. Hari ini saya nak share tempat makan menarik di Sungai Petani.
In sha Allah kepada pengunjung dan penduduk negeri Kedah, saya akan cuba update tempat makan menarik yang berada di sekitar Kedah amnya. Dalam entry kali ni saya akan kongsi satu restoran yang pernah dikunjungi oleh Jalan-jalan Cari Makan iaitu Huzay Seafood & Western Food yang terletak di Medan Selera Taman Ria, Sungai Petani.
Apa yang manarik tentang kedai makan ni? Saya suka perkhidmatan yang ditawarkan. Salah satu daripadanya ialah, sebelum hidangan yang kita order sampai, kita akan dijamu dengan kacang rangup dan disediakan juga sambal belacan untuk dimakan/dicalit bersama kacang shantung tu. Bagi saya menarik la sebab first time cuba kan.
Kedua, air minuman yang dipesan sampai dalam masa 5 minit sahaja dan makanan juga menyusul tak lama selepas itu (mungkin juga sebab tak ramai sangat orang pada waktu itu). Memandangkan ini adalah kunjungan pertama saya selepas 3 tahun, saya dah lupa rasa menu-menu sebelum ni. Tapi apa yang saya makan sewaktu the last time I was there is Nasi Goreng Seafood. Rasanya memang sedap. Nasi Goreng Daging Merah juga sedap. My husband's Chicken Fried Rice sahaja yang biasa-biasa. =) Dan harganya agak berpatutan la juga. 2 Teh Ais, 1 Teh 'O' Ais, Nasi Goreng Ayam 1, Nasi Goreng Seafood 1 dan Nasi Goreng Daging Merah 1. Total semua RM24.00. Purata nasi goreng adalah RM7 satu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments: