Assalamualaikum / Hye everyone . This is my third post for this blog, and I'm not going to share the puree recipe but I'm g...

Cara Mengurangkan Rambut Gugur Selepas Bersalin

Assalamualaikum / Hye everyone.


This is my third post for this blog, and I'm not going to share the puree recipe but I'm gonna tell you mummies what you should do when you notice the incredible amount of fallen hairs on the floor after several months giving birth to our Dear Daughter (DD) / Dear Son (DS). 

Saya mula sedar rambut saya banyak gugur bila Auliya berusia lebih kurang 5 bulan. Malu pada MIL yang datang rumah dan terpaksa pula menyapu lantai yang banyak rambut tu. Dalam fikiran at that moment, I really need to do something about this. Tak kan nak tunggu botak baru nak bertindak. Before giving birth, I do know that my hair will fall but I didn't expect THIS MUCH! 

Tindakan pertama yang saya buat, got my hair cut.  Unfortunately, masalah tak selesai. With the same enthusiasm, I move to the second step, looking for the information online I've found out that one of the blogger using Himalaya Shampoo and set. Saya pun cari. 1st place, The Store. Saya suruh husband yang tanyakan since saya jaga barang di luar. Dia came out from the store and said, 'Kena naik banjaran dulu.' Saya tak faham. After several minutes baru lawak tu sampai. ;D Pos tak berapa laju. 

Benda yang dicari memang payah kita nak jumpa tapi bila tak dicari ada ja dimana-mana. ;) Saya ke Mydin Kepala Batas, di situ ada Royal Pharma alhamdulillah ada dan husband belikan by using the voucher. Saya beli shampu dan Hairfall Oil ja. Balik rumah dengan semangat membara terus cuba pakai. 



Sekali.. dua kali.. tiga kali.. sampai 3 minggu saya cuba masih sama. Dalam hati dah mula tumbuh benih putus asa. Saya tanya suami, dia sayang saya lagi tak kalau saya botak. Dia cakap mestilah sayang..apa la ada pada rambut. (Cheaa ayat jaga hati kan. Tak nak isteri dia stress nanti tak masak.)

Saya juga cuba jenama lain antaranya LOREAL dan Dove tapi juga tak berkesan. Hampa. Saya lupakan dah tentang hal tu sehinggalah saya bertemu kawan saya Mel semasa berkursus. Mel is a mother to a such handsome boy and only two months older than Auliya. Saya pun terbuka hati nak tanya dia. Dia cakap dia pakai Safi Shayla Kawalan Rambut Gugur, botol oren katanya. Hujung minggu kebetulan saya ke shopping mall, terbeli la sekali Safi Shayla ni. Hati tak berapa nak excited takut kecewa kan. Esok tu baru pakai. 

Sekali.. dua kali.. Seriuosly, rambut dah kurang gugur. Cuma ada la setiap kali mandi tu 2 ke 4 helai yang gugur. Alhamdulillah. Allahuakbar. Thanks Mel. Love you. Tak sangka shampu yang saya beli dengan harga hanya RM9.90 ( at that time ) itu mampu menyelesaikan masalah. 


Bila rambut dah tak gugur, pergi ofis tanya sahabat sorang ni yang juga baru lepas bersalin (beza usia bayi kami 2 hari). 

Me : Cah, rambut gugur lagi tak?
Cah : Gugur lagi. Hang?
Me : Dah tak gugur.
Cah : Pakai apa?
Me : Shampu tu ja. Safi Rania.
Cah : Oh, ok nanti aku beli. (Sampai sudah tak beli sebab cari Shampu brand Safi Rania. Siap beritahu promoter Safi lagi yang shampu Safi Rania ada. Kawan saya beli.)

Maaf Cah. Jangan marah ya. 


0 comments:

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini, saya akan berkongsi pula resepi puri lobak merah bersama susu. Sebelum saya...

Resepi Lobak Merah dan Susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada kali ini, saya akan berkongsi pula resepi puri lobak merah bersama susu. Sebelum saya berkongsi resepi perlu diingatkan bahawa ibu-ibu semua perlu memberikan si comel anda hidangan ini dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu untuk mengetahui samada menu ini mengikut selera bayi mahupun tidak. So, here we go..

Bahan-bahan yang diperlukan;

  1. 1 biji lobak merah (untuk 2 hidangan)
  2. Susu ibu / tepung - mengikut kesesuaian (boleh juga digantikan dengan air masak)
Langkah-langkah;

1. Buang lapisan kulit lobak merah dan potongkannya kepada beberapa bahagian kecil.


2. Rebus / kukus lobak merah sehingga menjadi lembut dan toskan.

3. Masukkan ke dalam bekas pengisar dan masukkan juga susu ibu/tepung @ air masak. Kisar sehingga lumat. 


4. Sekiranya puri terlalu pekat, tambahkan air / susu mengikut kesesuaian. 

Sekian. Selamat mencuba.


0 comments:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini saya akan berkongsi satu resepi khas untuk bayi yang berusia 6 bulan dan ke ...

Resepi Puri Labu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pada hari ini saya akan berkongsi satu resepi khas untuk bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas. Sebelum saya teruskan, penting untuk saya maklumkan kepada ibu-ibu sekelian bahawa setiap bayi adalah berbeza seleranya. Jadi sebagai permulaan ibu-ibu boleh mula memberi si bayi puri dalam jumlah yang sedikit (small potion) terlebih dahulu. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Labu (bergantung kepada bilangan hidangan)
  2. Air masak - mengikut kesesuaian (better jika menggunakan air dari penapis air seperti Coway / Cuckoo) atau
  3. Susu ibu / tepung 
Langkah-langkah:

1. Potong labu kepada beberapa bahagian kecil dan buangkan kulitnya.

2. Kukuskan labu sehingga lembut. Kalau ibu-ibu nak rebus pun boleh cuma seperti yang kita sedia maklum, khasiat makanan yang direbus akan hilang.
3. Setelah labu lembut, masukkan ke dalam bekas pengisar. Masukkan sedikit air masak atau susu. Saya menggunakan Panasonic hand blander kerana tak memerlukan air yang banyak untuk proses mengisar.




0 comments: